SALAM MAAL HIJRAH 1430
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..cepat sungguh masa berlalu..berlalu pantas meningglkan kita tanpa menunggu sedetik cuma..inilah dia pentas dunia yang dijanjikan Maha Pencipta, pentas dunia yang menjadi pentas persinggahan, pentas lakonan sementara dalam usaha kita mencari damai..damai abadi..
2008 bakal melabuhkan tirainya, 1429 h pasti meninggalkan kita..meningglkan kita jauh tanpa menoleh kembali..merenung kembali sejenak kedatangan tahun baru ini pasti menjanjikan cabaran yang lebih, cabaran yang pasti menguji kita..kedatangan hijrah ini pasti memebri mukadimah baru dalam hidup kita semua dalam mencari hakiki kehidupan sebenar..apakah hari ini lebih baik dari semalam atau adakah esok pasti lebih baik dari hari ini???Persoalan yang tiada jawapan kerana ianya satu ketentuan..
buat teman-teman, rakan taulan, rakan seperjuangan yang terlalu memberi perhatian ajak, zach, fahmee, dani, ajam, shuk, nalip teruskan perjuangan kalian dalam mencari erti kehidupan..semoga kalian memperolehi kejayaan..benarlah kata seorang teman usah diratapi setiap apa yang berlaku kerana disebalik kedukaan yang kita lalui dalam hidup ini pasti allah telah merencanakan sesuatu yang mungkin terbaik untuk kita yang kita sendiri tidak tahu..
kalian adalah teman terbaik..
Buat kenalan yang sangat dihormati, abg mie, abg azman, abg din, abg salem thanks for everything, thanks for ur support..semoga allah memberkati kehidupan kalian dan sentiasa memperolehi keberkatan hidup..InsyaAllah..Buat Abg azman yang kuat berusaha mencari rezeki untuk kehidupan yg lebih baik doa saya semoga Allah memberkati setiap rezeki yang diperolehi..dah kayo nanti jgn lupo pulak org kat cni..untung si kembar mempunyai seorang bapa yg kuat berusaha..
sempena kedatanga tahun baru Hijrah dan 2009 ini marilah kita sama2 renungkan sejenak..Bagi memelihara dan meningkatkan kemulian kita dari masa kesemasa, kita
perlu memiliki agenda hidup yang baik. Seorang muslim perlu merancang
kehidupan harian. Keimanan dan keislaman itu bagai tanaman. Apabila
tanaman sentiasa disiram dan dirawat dengan baik, ia pasti tumbuh dengan
subur. Oleh itu agenda hidup kita perlu dirancang supaya aktiviti yang
dilakukan dapat memelihara keimanan dan keislaman.
Iman itu bukanlah dengan angan-angan tetapi apa yang mantap di dalam
hati dan diikrarkan dengan lidah, dibuktikan kebenarannya dengan amal
perbuatan. Iman juga ada dua bahagian, sebahagian kesabaran dan
sebahagian lagi kesyukuran..SALAM MAAL HIJRAH DAN SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN 2009..