gelita malam ini menyaksikan bermulanya perpisahan ini
dedaun tunduk menyembah
murung dengan penantian masa sesungguhnya masa mencemburui kita
ada masa tergaris senyuman kepuasan...ada masa termenung keletihan namun aku sebagai pendidik terus mengorak langkah..walaupun adakalanya lembut tetapi mengatur ketegasan
Buat pelajar-pelajar kesayangan SMK La Salle, Klang, pelajar-pelajar Kelas Bimbingan ku..Zul, Tanjung, Sabrina,HUsnina, dan ramai lagi kalian adalah bagian drpd hidup ku sbg pendidik..kalian adalah yg terbaik..
Pelajar-pelajarku,
kini perpisahan hampir pasti,air mata setenang benar di raut wajah ku
akhirnya gugur tatkala menulis coretan ini..masakan tidak mengenang setiap detik indah mengajar kalian suka duka berkongsi bersama..bukan mudah menjadi seorang guru..untuk mengenali dan memahami setiap pelajar..sukar bagiku..tetapi pengalaman mendewasakan..5 tahun bersama kalian akhirnya ikataan ini terlerai juga..
Perpisahan ini bukan permintaanku
perpisahan ini kurelakan walaupun pilu rasa hati
kerana perjuangan guru kalian masih jauh
perjuangan untuk terus mendidik dan berkorban masa dan tenaga serta jiwa raga
bagi memastikan anak bangsanya berjaya..
Pelajar-pelajarku,
ku doakan diri kalian berjaya..
agar langkah kalian selepas ini membawa seribu kebahagiaan
teruskan mengecapi nikmat ilmu dan pendidikan
percayalah hanya berbekalkan ilmu pengetahuan kalain mampu menongkah perjalanan yg penuh berliku ini..
Pengalaman bersama kalian akan ku titip jauh di lubuk hati ini
kenangan indah ini pasti menjadi sebahagian dalam sejarah hidup aku
akan aku abadikan pilu, tawa, nangis dan gembira bersama
segar kekal selamanya
pasti kita ketemu lagi
menghalang kita hanyalah MATI...
1 comment:
woi,aku ko x sebut eh??xpe!! ade lori ade bas,mane treler???
Post a Comment